Isnin, Januari 03, 2011

BILA KARAM SINGH WALIA MABUK


Wartawan terkenal sebuah stesen televisyen swasta terpaksa melalui saat-saat mencemaskan apabila 'dikepung' oleh sekumpulan lelaki yang naik berang ekoran tindakannya mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Klang dekat sini beberapa hari lalu, wartawan yang sering muncul di kaca televisyen dengan laporan isu alam sekitar itu mengaku telah mengeluarkan beberapa perkataan boleh membangkitkan isu perkauman.

Antaranya dia mengaku ada menyebut orang Melayu bukan berasal dari Malaysia atau Indonesia serta tidak pintar.

Dia yang dipercayai mengeluarkan perkataan tersebut ketika sedang mabuk mengakui, telah tersalah cakap hingga boleh menimbulkan salah tafsiran.

Berikutan itu dia memohon maaf daripada kumpulan lelaki tersebut serta seluruh masyarakat Melayu di negara ini.

Selama ini, wartawan tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai dengan pendedahan berani berhubung isu pencemaran alam sekitar.

Selain itu, dia mendapat penghormatan khususnya daripada orang Melayu kerana kepetahan berpantun dan berperibahasa dalam setiap laporannya.

Insiden membabitkan wartawan itu telah dirakamkan yang dipercayai melalui kamera video telefon bimbit dan disebarkan kepada laman YouTube hingga menarik perhatian pelbagai pihak.

Melalui rakaman selama kira-kira empat minit itu, suasana menjadi panas apabila seorang lelaki meninggikan suara setelah wartawan tersebut tidak mengaku ada mengeluarkan perkataan lain berunsur lucah dan penghinaan terhadap orang Melayu.

Lelaki tersebut dengan suara tegas menyatakan, wartawan itu ada menyebut dua lagi perkataan berunsur penghinaan kepada orang Melayu namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh wartawan berkenaan.

"Jangan memperkotak-katikkan apa yang saya tidak cakap," kata wartawan itu dalam nada marah.

Bagaimanapun lelaki tersebut mengherdik wartawan tersebut bahawa dia 'mempunyai telinga' dan mendengar wartawan tersebut ada menyebut dua lagi perkataan berunsur penghinaan.

Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menenangkan kedua-dua pihak agar bersabar.

Wartawan berkenaan berkata, beliau sanggup sujud di kaki setiap lelaki berkenaan dan dipukul bagi menunjukkan dia benar-benar memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya itu.

Akhirnya wartawan tersebut menyatakan dia mahu beredar dari tempat kejadian tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat pada 27 Disember lalu oleh kumpulan lelaki tersebut.

"Setakat ini kita hanya menerima laporan daripada pengadu dalam kes berkenaan. Kami juga telah memanggil wartawan tersebut untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan kerana melibatkan unsur-unsur perkauman dan provokasi.

Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kes berkenaan kerana ia masih di dalam siasatan polis.

Sementara itu, pihak pengurusan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) menyerahkan kepada polis berhubung laporan dibuat terhadap wartawannya tersebut yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan kepada orang Melayu.

Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3, Datuk Mohd. Ashraf Abdullah berkata, pihaknya memandang serius perkara yang melibatkan soal sensitiviti kaum.

"Buat masa ini kita serahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

"Mungkin esok atau lusa pihak kami pula akan melakukan siasatan dan perbincangan mengenai kejadian yang melibatkan wartawan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

KISAH PRESIDEN YANG BODOH


Bukan hebat namanya Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ),Hata Hawari.Tapi bodoh namanya apabila dia mengkritik tempat kerjanya sendiri, Utusan Melayu (M) Sdn Bhd. Ini orang yang tidak sedar diri. Dia gigit tangan orang yang suap mulutnya.

Kalau dah tak setuju dengan Utusan, letak jawatanlah. Tak payah kerja di Utusan. Kebodohan Hawari dilaporkan oleh Malaysiakini seperti berikut:-

Kelantangan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya membawa padah apabila beliau dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media.

Menurut Hata, berdasarkan surat daripada bahagian sumber manusia Utusan bertarikah 23 Disember, beliau dikehendaki hadir bagi sesi itu di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari.

"Saya dibenarkan melantik seorang wakil dalaman bagi berhujah bagi pihak saya," kata wartawan kanan di akhbar milik Umno itu.

Beliau dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno pada Utusan, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' ketua pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Dua surat tunjuk sebab

Hata juga dilapor diminta meletakkan jawatan di Utusan jika tidak selari dengan perjuangan akhbar tersebut "untuk menyedarkan orang Melayu".

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Hata juga mendedahkan, belum sampai sebulan dipilih menjadi presiden baru kesatuan itu pada awal September lalu, beliau telah menerima surat tunjuk sebab pertama daripada Utusan.

"Ia ekoran kenyataan pertama saya selepas menjadi presiden," katanya sambil memberitahu menerima sepucuk lagi surat tunjuk sebab pada bulan berikutnya.

Bagaimanapun, Hata berkata, dalam surat tunjuk sebab itu, beliau turut didakwa mendedahkan rahsia syarikat - perkara yang didakwa tidak dihadapinya dalam siasatan dalaman yang akan berlangsung.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan kerjasama dalam siasatan dalaman itu, Hata menjawab ringkas:

"Saya pergilah, tak ada masalah."

Hata - pemimpin kesatuan yang dianggotai kira-kira 1,300 wartawan - juga berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan terhadapnya itu kerana "perkara itu sudah dijangkakan".

Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

TIMBALAN MENTERI ADA SKANDAL?



Tanpa dirancang pada petang Jumaat lalu (31 Disember 2010) seorang rakan ajak saya ke Jitra, Kedah menemaninya hantar anaknya ke kampungnya di Wang Tepus, Jitra. Kami bertolak pada jam 6 petang dari Kuala Lumpur dan kami tiba tepat jam 12 malam di Jitra sempena tahun baru 2011. Maka kami menyambut kedatangan tahun baru 2011 di sebuah hotel kecil di Changlun.

Esoknya, 1 Januari 2011, rakan saya sibuk menemui kawan-kawannya di Jitra. Sebelah petang pula kami ke rumah emak saudara saya di Kuala Ketil, Kedah. Malam itu sekali lagi kami bermalam di Changlun.

Semalam, 2 Januari, kami ke Kuala Nerang ke rumah ibubapa kawan saya. Dari Kuala Nerang kami ke Alor Star melalui Langgar. Kami ternampak rumah bekas ahli parlimen Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim yang besar di Kuala Nerang. Teringat saya kepada satu blog yang mendakwa kononnya Ghazali ada hubungan sulit dengan seorang timbalan menteri. Beginilah lapor blog itu:-

Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.


Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, balu anak lima.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah ia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan dalam blog ini.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.